KEANGGUNAN wanita bertudung dan tampil sopan menutup kepala bukan fenomena asing di negara ini, bahkan ia semakin mendapat tempat di hati wanita dan sekali gus menyempurnakan tuntutan agama.
Keintiman wanita dan tudung kini semakin dirasai apabila wanita yang gemar berhias, tampil menawan dengan kepelbagaian corak, jenis dan fesyen tudung untuk dipadankan dengan busana yang digayakan.
Fenomena manik adalah sebahagian daripada perjalanan revolusi bertudung. Tudung yang kelihatan plain dan kosong boleh ditambah seri jika kena dengan gaya hiasannya. salah satu alternetif adalah dengan menambah manik.
Kini terdapat pelbagai pilihan tudung bermanik yang ditawarkan dalam pasaran. Jika dahulu warna tudung yang menjadi penentu untuk digayakan bersama busana, kini tidak lagi. Faktor warna manik jugak boleh disedondonkan dengan busana yang dipakai walaupun wwarna tudung adalah kontra. Hiasan manik pelbagai bentuk, warna dan saiz juga menambahkan lagi keindahan tudung dengan rekaan corak-corak yang menarik.
No comments:
Post a Comment